UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) terus mempamerkan taringnya apabila menundukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 6-2 untuk kekal mendahului Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Malaysia (JHLM), semalam.
Pada aksi di Stadium Hoki Kuala Lumpur (SHKL), anak buah I Vikneswaran memperluaskan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dengan mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi pukulan sudut penalti Mohd Sabri Mohamad (m9) dan Mohd Zulhairi Hashim (m35).