Perlawanan diheret masa tambahan menyaksikan gagal manfaat penalti
MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengejutkan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Remaja dengan jaringan masa tambahan, selepas terikat 2-2 dengan untuk menempah tiket ke separuh akhir Liga Hoki Remaja (JHL) PHM-Milo-MSN.
MBPJ sudah pun berada di landasan kemenangan selepas mendahului 2-0 namun, mensia-siakan peluang pada babak kedua apabila membuka ruang SSBP Remaja menyamakan kedudukan tiga saat sebelum perlawanan tamat di Stadium Tun Razak.
MBPJ akan bertemu SSBP Thunderbolt, ketika Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) akan menentang UniKL pada separuh akhir berasingan di Stadium Tun Razak, hari ini.
“Barisan penyerang kami agak bermasalah sejak awal JHL dan sekarang (semalam) juga tiada beza. Bagaimanapun, saya lihat ada sikit perbezaan kepada pemain yang berusaha untuk menang perlawanan ini dan mara ke kelompok empat, dan sekarang kami cuma boleh berharap dapat menewaskan SSBP,” kata penolong pengurus MBJP, Zainal Abidin.
Terdahulu, Fahmi Faiz meletak MBPJ di hadapan menerusi jaringan minit ke-40 sebelum Hafiz Nawi menambah gol kedua, seminit selepas itu. Namun, Firhan Asaari menyelamatkan SSBP Remaja menerusi dua pukulan sudut penalti padfa minit ke-57 dan 70.
Perlawanan yang diheret masa tambahan menyaksikan MBPJ meraih tiga peluang sudut penalti sebelum Fahmi mengesahkan kemenangan menerusi pada minit ke-82.